Genggam bara api biar sampai menjadi arang. Peribahasa berikut memberikan pengajaran kepada kita bahawa..
A.apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan, di situlah ramai orang berkumpul.
B.sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai
C.membuat sesutau kerja tetapi tidak sampai selesai
D.setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan setiap orang berbeza pandangan atau pendapat atau kehendaknya.
A.bagai pinang dibelah dua
B.bagai telur di hujung tanduk
C.rambut sama hitam, hati lain-lain
D.kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.
A.indah khabar daripada rupa
B.seperti lembu dicucuk hidung
C.seperti dakwat dengan kertas
D.berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Umpama pahat dengan penukul. Peribahasa berikut membawa maksud
A.suka menangguhkan masa
B.pengagihan yang sama banyak
C.orang bermusuhan atau tidak sehaluan, mustahil dapat disatukan
D.bantu-membantu antara satu dengan yang lain
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. Peribahasa berikut menggambarkan situasi di atas ialah....
A.ukur baju di badan sendiri
B.nasi sudah menjadi bubur
C.banyak udang, banyak garam
D.menang jadi arang, kalah jadi abu
Sikap tergesa-gesa pasti mengundang malapetaka kalau tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai.
A.usaha tangga kejayaan
B.malu bertanya, sesat jalan
C.biar lambat asalkan selamat
D.duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Seperti kucing dapat tikus. Peribahasa berikut membawa maksud
A.tidak tahu duduk diam
B.hubungan yang tidak boleh diputuskan
C.orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat
D.orang yang telah menemui barangan kegemarannya sendiri
Sudah terhantuk baru tergadah. Peribahasa berikut memberikan pengajaran kepada kita agar?
A.sudah ditimpa musibah baru hendak bertindak
B.fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal
C.seseorang anak itu akan mengikut perangai ibu atau bapanya
D.lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam
Seperti mencurah air ke daun keladi. Peribahasa berikut bermaksud..
A.pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar
B.apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi
C.perantau yang pulang semula ke tempat asal
D.musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari
Peribahasa yang berikut membawa maksud seseorang yang jauh merantau akhirnya pulang ke tempat asal. Kecuali
A.seperti api dengan asap
B.seperti titik pulang petang
C.seperti rusa masuk kampung
D.seperti sirih pulang ke gagang