Apakah tujuan lakaran dihasilkan ?
A.Mendapatkan penambahbaikan pada lakaran
B.Mendapatkan gambaran awal idea reka bentuk dan fungsi produk
C.Mendapatkan gambaran awal bentuk produk
D.Mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan
Nyatakan 2 konsep penghasilan produk.
A.Bentuk mengikut fungsi dan fungsi mengikut bentuk
B.Bentuk yang berfungsi dan bentuk yang pelbagai
C.Fungsi mempengaruhi rupa dan bentuk dipengaruhi fungsi
D.Bentuk pada produk dan fungsi pada reka bentuk
Unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan. Pernyataan tersebut adalah berkenaan?
A.Maksud prinsip reka bentuk
B.Maksud bentuk pada elemen reka bentuk
C.Maksud elemen reka bentuk
D.Maksud kesatuan pada prinsip reka bentuk
Berikut merupakan elemen-elemen reka bentuk, KECUALI
A.Tesktur
B.Pengulangan
C.Nilai
D.Ruang
Apabila hujung garisan bertemu dengan permulaannya. Berikut adalah berkenaan elemen reka bentuk?
A.Garisan
B.Bentuk
C.Ruang
D.Rupa
Berikan maksud prinsip reka bentuk.
A.Konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen reka bentuk.
B.Konsep yang digunakan untuk mengambarkan elemen reka bentuk.
C.Konsep dan idea yang digunakan oleh pereka bentuk untuk menghuraikan elemen reka bentuk
D.Konsep dan peraturan yang digunakan untuk memastikan emelen reka bentuk pada produk
Keringkasan adalah salah satu prinsip reka bentuk. Apakah itu keringkasan?
A.Sesuatu yang dapat memberikan kedamaian
B.Tumpuan terhadap elemen yang diserlahkan
C.Gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep atau idea yang sempurna.
D.Olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan inti pati yang penting sahaja.