Di manakah kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam?
A.Di antara Zink dengan Ferum
B.Di antara Ferum dengan Timah
C.Di antara Aluminium dengan Zink
D.Di antara Kuprum dengan Argentum
Antara yang berikut, logam yang manakah boleh diekstrak dengan menggunakan kaedah Elektrolisis leburan bijih galian?
A.Timah
B.Zink
C.Magnesium
D.Kuprum
Antara yang berikut, Logam yang manakah boleh diekstrak dengan menggunakan kaedah Penurunan Oksida Logam oleh Karbon
A.Plumblum
B.Aluminium
C.Zink
D.Kuprum
Antara yang berikut, Logam yang manakah tidak perlu diekstrak kerana wujud dalam bentuk unsur dalam kerak bumi
A.Emas
B.Argentum (Perak)
C.Kuprum
D.Merkuri
Antara berikut apakah dua mineral yang dihancurkan pada awal proses pengekstrakan bijih besi
A.Arang kok
B.Talkum
C.Batu Kapur
D.Mika
Lengkapkan persamaan perkataan berikut untuk mewakili tindak balas antara bijih besi dengan karbon dalam relau bagas.
___P___ + Karbon → Ferum + ___Q___
A.P = Ferum (II) Oksida
Q = Karbon
B.P = Ferum (II) Oksida
Q = Karbon dioksida
C.P = Ferum (II) Oksida
Q = Karbon Monoksida
D.P = Ferum (III) Oksida
Q = Karbon
Rajah menunjukkan proses pengekstrakan besi dari bijih besi. Apakah tujuan menambahkan batu kapur ke dalam relau bagas?
A.Menyingkirkan oksigen dari bijih besi
B.Menyokong pembakaran arang kok
C.Menyingkirkan bendasing dari besi lalu membentuk sanga
D.Merendahkan takat lebur bijih besi
Z merupakan bahan bukan logam yang terhasil semasa pengekstrakan besi di dalam relau bagas. Apakah kegunaan Z?
A.membuat tapak bangunan dan jalan
B.membuat simen
C.membuat wayar elektrik
D.membuat barang kemas
Bagaimanakah perlombongan bauksit yang berdekatan dengan jalan raya mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan?
A.pandangan menjadi terhad dan jalan menjadi licin
B.jalan raya mengalami kesesakan
C.bunyi jentera perlombongan menganggu fokus pemandu
D.boleh menyebabkan tayar kenderaan pancit
Apakah kesan perlombongan yang tidak terkawal?
A.Kesan Rumah Hijau
B.Hakisan Tanah
C.Pembebasan gas yang menipiskan lapisan ozon
D.Gempa Bumi