1. Logam bertindak balas dengan .... dalam udara untuk membentuk ....
A.oksigen, logam oksigen
B.oksida, oksida logam
C.karbon dioksida, oksida logam
D.oksigen, oksida logam
2. Berikut merupakan unsur-unsur logam yang boleh bertindak balas dengan oksigen:
Zink, Plumbum, Ferum, Aluminium
Susun unsur-unsur tersebut mengikut kereaktifan dalam susunan menurun.
A.Ferum, Zink, Aluminium, Plumbum
B.Aluminium, Plumbum, Ferum, Zink
C.Zink, Aluminium, Plumbum, Ferum
D.Aluminium, Zink, Ferum, Plumbum
3. Mengapakah logam seperti emas dan perak tidak bertindak balas dengan oksigen?
A.Kerana emas dan perak terlalu reaktif.
B.Kerana emas dan perak merupakan logam yang tidak reaktif.
C.Kerana emas dan perak merupakan logam yang bernilai sangat tinggi.
D.Kerana emas dan perak tidak serasi dengan oksigen.