Pilih jawapan yang betul berkaitan dengan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia.
Perayaan yang diraikan oleh etnik Siam adalah .....
A.Tadau Kaamatan
B.Hari Gawai
C.Loy Krathong
D.Vaisakhi
Perayaan kebudayaan terdiri daripada perayaan .....
A.Loy Krathong
B.Vaisakhi
C.Hari Raya Aidiladha
D.Hari Easter
Apakah amalan tradisi yang dilakukan semasa perayaan Hari Gawai?
A.Menghias pokok krismas
B.Mengadakan upacara memuja semangat padi sebagai tanda kesyukuran
C.Hidangkan makanan tradisional dan minum air tuak
D.Mengadakan persembahan tarian Sumazau
Yang manakah antara berikut, merupakan amalan ketika perayaan Tadau Kaamatan?
A.Mengadakan pertandingan Kumang dan Keling
B.Bersembahyang di gereja
C.Mengadakan persembahan tarian Sumazau
D.Mandi minyak
Berikut merupakan perbezaan keunikan sambutan perayaan pada masa dahulu dan kini KECUALI
A.Dahulu - Makan besar di rumah bagi perayaan Tahun Baru Cina
Sekarang - Makan besar di restoran
B.Dahulu- Kuih tradisional
Sekarang- Kuih moden
C.Dahulu- Kolam diperbuat daripada tepung berwarna
Sekarang- Kolam diperbuat daripada tepung berwarna putih
D.Dahulu-Kad ucapan diberikan sebagai tanda ingatan
Sekarang- Ucapan diberikan melalui media elektronik atau aplikasi whatsapp
Berikut merupakan tujuan sambutan perayaan KECUALI
A.Kukuhkan ikatan persaudaraan sesama masyarakat
B.Kekalkan amalan yang diwarisi turun-temurun
C.Memecahbelahkan perpaduan kaum
D.Bersyukur atas nikmat dan rezeki yang diperoleh.
Mengapakah kita perlu menghargai warisan perayaan kita?
A.Menzahirkan semangat kekitaan disamping mengeratkan silaturahim dan perpaduan.
B.Mempamerkan sikap mesra dan keprihatinan masyarakat
C.Kenal asal usul diri sebagai benteng untuk tolak pengaruh negatif
D.Ekonomi negara akan menjadi semakin mundur.