Berikut merupakan contoh kejadian jenayah yang biasanya berlaku di kawasan kediaman kecuali..
A.pecah rumah
B.rompakan
C.perkahwinan
D.kes ragut
Berikut merupakan peranan masyarakat dalam mengekalkan keselamatan kawasan kediaman iaitu...
A.Peranan anda
B.Peranan Komuniti
C.Peranan Jiran
D.Peranan Abang ipar
Antara peranan anda mengekalkan keselamatan adalah...
A.sentiasa bersikap berhati-hati dan peka akan keadaan persekitaran
B.sentiasa memastikan pagar dan pintu rumah terbuka
C.Segera melaporkan kejadian yang mencurigakan kepada ibu bapa atau jiran
Berikut kepentingan mengekalkan keselamatan kawasan kediaman...
A.Hidup sejahtera dan bahagia
B.makan beramai-ramai apabila majlis makan diadakan
C.Keselamatan penduduk terjamin
D.Gejala sosial dapat dikurangkan
Anda ternampak jiran anda Meera yang sedang menunggang basikal seorang diri di luar rumahnya, tiba-tiba seorang penjahat telah membawa Meera dan melarikannya masuk ke dalam sebuah kereta penjahat sambil meronta-ronta dan cuba menjerit tetapi mulutnya telah ditutup oleh penjahat tersebut.
Anda ternampak kejadian tersebut semasa anda hendak mengunci pintu pagar rumah. Sebagai jiran, apakah tindakan anda?
A.Meera pandai juga menjaga diri bersama dengan penjahat tersebut
B.Biarkan sahaja perkara tersebut
C.segera melaporkan kejadian kepada ibubapa atau jiran berhampiran
Siapakah yang berperanan penting dalam menangani ancaman terhadap keselamatan keluarga anda?
A.Pemimpin masyarakat
B.Diri sendiri dan anggota keluarga
C.Jiran
D.Polis
Kes jenayah seperti penculikan, rogol dan pecah rumah kerap berlaku di kawasan perumahan. Oleh itu, kita perlu bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai yang perlu diamalkan oleh masyarakat di kawasan kediaman tersebut?
A.Toleransi
B.Keberanian
C.Berdikari
D.Bertanggungjawab
Untuk menjaga keselamatan kediaman, pelbagai usaha boleh diambil oleh penghuni kawasan kediaman tersebut. Antaranya adalah dengan mewujudkan ............ .
A.penubuhan Kelab Rukun Tetangga
B.pasukan tentera
C.pasukan RELA
Sebagai jiran, kita perlulah ................................ agar keselamatan kawasan kediaman terjamin.
A.tidak mengunci pintu pagar rumah
B.membantu mengawasi keselamatan rumah jiran apabila jiran tiada di rumah
C.membiarkan penceroboh memasuki rumah jiran
D.tidak mengambil tahu tentang penduduk lain di kawasan kediaman
Berikut ialah beberapa cara untuk menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kediaman kecuali ....
A.menjemput jiran ketika sambutan perayaan
B.sentiasa bertegur sapa
C.saling bermasam muka sesama jiran tetangga
D.menghormati jiran tetangga
Berikut ialah peranan anda dalam menjaga keselamatan anggota keluarga kecuali .....
A.tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
B.menjaga adik-beradik ketika ketiadaan ibu bapa
C.mengunci pintu dan pagar rumah
D.membiarkan adik bermain di luar rumah tanpa pengawasan
Mengapakah keselamatan kawasan kediaman perlu dititik beratkan?
A.supaya keharmonian penduduk dapat dijaga
B.supaya penduduk di kawasan kediaman hidup dalam ketakutan
C.supaya gejala negatif semakin berleluasa
D.supaya penduduk kawasan kediaman menjadi mangsa jenayah
Pilih langkah keselamatan yang perlu dipraktikkan oleh setiap penghuni di kawasan kediaman.
A.sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran.
B.Tidak membantu ibu bapa membersihkan semak samun.
C.mudah mempercayai orang yang tidak dikenali apabila menghulurkan bantuan.
D. menjaga keselamatan anggota keluarga masing-masing sahaja.